Thursday, November 11, 2010

Tanah Merah from 1986 till now

Tanah Merah adalah salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Kelantan .. banyak juga perubahan yang telah berlaku di daerah Tanah Merah dari tahun 1986 sehinggalah sekarang .. kalau nak diikutkan asal-usul keluarga, kami sekeluarga memang bukan berasal dari Tanah Merah .. abah dari Pasir Mas dan mama dari Kota Bharu .. dan kami adik-beradik pun kesemuanya dilahirkan di Kota Bharu .. oleh kerana tempat abah bekerja ialah di Tanah Merah, sehingga sekarang my family masih tinggal di Tanah Merah even though I dan adik-adik dah merantau .. 


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain ..
Walaupun era memakai uniform sekolah dah tamat 12 tahun yang lalu, tapi kenangan semasa bergelar 'budak' sekolah tetap segar dalam ingatan sehinggalah ke hari ini .. kadang-kadang tu ada juga time rasa nak menitis air mata bila mengimbau masa lalu (ada hajat yang masih tak kesampaian sampai sekarang) .. yang kelakar tu tak yah la cakap kan, itu la yang buatkan I rasa nak ambil SPM for the second time (ermm, boleh ke macam tu ?) .. 


Anyway, walaupun my family akan berpindah ke Pasir Mas tak lama lagi, kami adik-beradik dah sepakat untuk jadikan Tanah Merah destinasi wajib untuk dituju setiap kali kami pulang ke Kelantan .. mana taknya, dua orang adik I bertemu jodoh dengan jejaka dari Tanah Merah .. seorang memang menetap di Tanah Merah dengan husband and her baby girl dan seorang lagi akan bernikah tak lama lagi .. antara faktor lain yang membuatkan kami betul-betul jatuh cinta pada Tanah Merah ialah persekitarannya yang dah sebati dengan kami .. lagipun living cost masih affordable dengan keadaan ekonomi sekarang .. dari bahan makanan sehinggalah barang mewah (apa tu barang mewah ?) .. 


Kalau nak mengarang, memang boleh jadi sasterawan .. terlalu banyak untuk dikongsi .. insyaAllah, kalau ada kelapangan I akan post lagi .. 


Wassalam





No comments:

Post a Comment