Wednesday, November 24, 2010

Research oo Research !!

.. sekadar gambar hiasan sajer
Research oo research !! itulah satu-satunya perkataan keramat yang boleh membuatkan ramai insan yang mencari rezeki seperti i ni menjadi keluh kesah, dan ada juga yang akan terus 'hibernate' .. tut tuuut .. walaubagaimanapun ada juga yang tetiba matanya akan bercahaya seperti di suluh torch light .. i berani cakap macam tu sebab memang semua tu berlaku di sekeliling i .. even me, myself pun bukan tak suka cuma tak cukup bersemangat untuk memulakan sesebuah research .. for example, kalau ada discussion about research or workshop i akan attend dan of course ada saje isu yang ingin i ketengahkan untuk dijadikan my research topic .. tapi, bila difikirkan nak kena baca banyak journals and articles as well as i have to write a literature review, terus my idea tu tersimpan buat sementara (bukan selama-lamanya tau) .. 


Haa, ni pun i baru balik dari program perbincangan tentang penubuhan komuniti penyelidikan kat shah alam .. mak aii, masa tengok nama for registration tadi, majoriti yang sertai program tu dah memang ada title kat depan nama masing-masing .. bila dah masuk kat dalam dewan seminar, barulah i nampak wajah sebenar nama-nama tadi .. dalam hati i berkata-kata (dulu pun they ol pun macam i juga kot, hehehe) .. bincang punya bincang, finally we ols dah siap dengan tajuk penyelidikan untuk diteruskan kepada permohonan mendapatkan 'grant' .. tetiba pula rasa tak sabar nak men'research'kan diri memandangkan sekarang ni my students tengah beristirehat .. so tak perlulah i menyumbangkan suara berlebihan .. (tak penat sangat untuk memikirkan tentang research) ..


Last but not least, i nak kena search dan cari journal yang related to my research area yang akan jalankan nanti .. doa-doakan lah semoga semangat i untuk membuat research dapat kembali pulih .. go ! go !


Wassalam





Tuesday, November 23, 2010

Salam Aidiladha

Belum terlambat lagi untuk i ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha walaupun hari ni dah hari ke-7 kot .. rombongan jemaah haji pun dah ada yang pulang ke tanah air .. so dapatlah saudara mara berkumpul sekali lagi bagi meraikan kepulangan haji @ hajah dari tanah suci .. mungkin ada juga yang mengadakan kenduri kesyukuran di kalangan ahli keluarga terdekat .. maklumlah, penat mengerjakan daging korban tempoh hari pun belum sepenuhnya recover .. basically, sudah menjadi kebiasaan bagi pak haji dan mak hajah membawa pulang buah tangan untuk saudara mara .. antaranya air zam-zam, buah-buahan kering, pakaian, aksesori dan macam-macam lagi lah .. 

Now berbalik kepada cerita i masa balik ke kampung ari selasa aritu .. gara-gara nak tunggu adik bongsu i tu habis class petang, kami bertolak dari PA dalam pukul 3. 30 pm .. ntah kenapa time tu jugak mata ni rasa mengantuk yang teramat sangat .. nak suruh adik i drive, dia pun baru lepas stress from traffic jam dari PJ ke PA kat federal highway tu .. demi rasa tanggungjawab as 'kakak', i pun merebahkan diri kat seat driver .. so, termetri sudah persoalan siapa yang akan jadi driver .. 


Kalau sesape ada dengar Era.fm petang tu, for sure uols akan bersyukur samada tak balik ke kampung or dah memang sampai ke kampung .. i ada beberapa sebab kenapa statement tu dikeluarkan .. 1) petang selasa tu dah di kira petang nak raya .. so kalau boleh dah nak la berehat kat umah sambil membuat persiapan terakhir .. 2) ari selasa tu masih hari bekerja seperti biasa .. so memang penat kalau nak kena drive for long distance journey .. 3) kesesakan jalanraya yang dah tahap gaban .. as usual, pemandu di jalanraya kan ada banyak kategori .. so yang buat jalan tu macam jalan kat kampung dia, memang main masuk je tanpa mempedulikan pemandu lain yang berhemah dan menunggu dengan sabar seperti i ni (menyampah sangat kalau ada kereta yang memotong ikut jalan belah kiri especially time traffic jam .. kalau berani sangat, potong la ikut jalan belah kanan dan tanggung la risiko untuk bertembung dengan kereta dari arah bertentangan) .. 


Sampai je kat R&R GM, my brother dah take over .. so dapatlah i melangsaikan hutang mengantuk dari siang tadi .. kalau tak silap, kami sampai kat GM pun dah pukul 8.30 malam .. tapi Alhamdulillah, at least nampatpatpat masih gagah untuk menempuh traffic jam yang menunggu di KK .. lebih kurang dalam pukul 1.30 pagi (dah masuk hari raya) barulah kami sampai di Red.Land .. ma, abah dan adik-adik setia menunggu kepulangan kami berdua .. 


So itu sajalah untuk kisah perjalanan pulang ke Red.Land .. sekali lagi i ucapkan Selamat Hari Raya Korban (ada yang korban lembu dan ada juga yang mengorbankan anak untuk disunatkan .. hahaha !) !!

Thursday, November 11, 2010

Tanah Merah from 1986 till now

Tanah Merah adalah salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Kelantan .. banyak juga perubahan yang telah berlaku di daerah Tanah Merah dari tahun 1986 sehinggalah sekarang .. kalau nak diikutkan asal-usul keluarga, kami sekeluarga memang bukan berasal dari Tanah Merah .. abah dari Pasir Mas dan mama dari Kota Bharu .. dan kami adik-beradik pun kesemuanya dilahirkan di Kota Bharu .. oleh kerana tempat abah bekerja ialah di Tanah Merah, sehingga sekarang my family masih tinggal di Tanah Merah even though I dan adik-adik dah merantau .. 


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain ..
Walaupun era memakai uniform sekolah dah tamat 12 tahun yang lalu, tapi kenangan semasa bergelar 'budak' sekolah tetap segar dalam ingatan sehinggalah ke hari ini .. kadang-kadang tu ada juga time rasa nak menitis air mata bila mengimbau masa lalu (ada hajat yang masih tak kesampaian sampai sekarang) .. yang kelakar tu tak yah la cakap kan, itu la yang buatkan I rasa nak ambil SPM for the second time (ermm, boleh ke macam tu ?) .. 


Anyway, walaupun my family akan berpindah ke Pasir Mas tak lama lagi, kami adik-beradik dah sepakat untuk jadikan Tanah Merah destinasi wajib untuk dituju setiap kali kami pulang ke Kelantan .. mana taknya, dua orang adik I bertemu jodoh dengan jejaka dari Tanah Merah .. seorang memang menetap di Tanah Merah dengan husband and her baby girl dan seorang lagi akan bernikah tak lama lagi .. antara faktor lain yang membuatkan kami betul-betul jatuh cinta pada Tanah Merah ialah persekitarannya yang dah sebati dengan kami .. lagipun living cost masih affordable dengan keadaan ekonomi sekarang .. dari bahan makanan sehinggalah barang mewah (apa tu barang mewah ?) .. 


Kalau nak mengarang, memang boleh jadi sasterawan .. terlalu banyak untuk dikongsi .. insyaAllah, kalau ada kelapangan I akan post lagi .. 


Wassalam